25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

440 orang ditahan langgar arahan SOP semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 440 individu ditahan polis kerana melakukan kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 435 individu dikompaun manakala lima orang lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal merekod butiran diri/ daftar masuk premis (185), tidak memakai pelitup muka (138), tiada penjarakan fizikal (15) dan lain-lain (102),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,242 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,537 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,422 anggota telah membuat pemantauan di 4,648 pasar raya, restoran (4,803), kilang (2,522), bank (4,113), pejabat kerajaan (1,108) dan penjaja (2,620).

Turut dipantau adalah pasar awam/ tani (2,062), tempat ibadah (3,383), tempat riadah (1,713), terminal pengangkutan darat (1,720), terminal pengangkutan air (349) dan terminal pengangkutan udara (115).

Ismail Sabri menambah, sebanyak dua buah kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng di seluruh negara semalam.

Selain itu, beliau memberitahu, sebanyak 118 buah bot/ kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

Op Benteng melibatkanPDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 481 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

Semalam, sebanyak 121 operasi sanitasi dilakukan meliputi 49 zon merah, zon jingga (6), zon kuning (11) dan zon hijau (1) di seluruh negara.

Operasi sanitasi itu melibatkan 694 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 190 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta 112 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 23,548 operasi sanitasi yang merangkumi 156 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020.

Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk projek perumahan rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan.

Semalam, seramai 514 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 202,446 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 75 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,454 individu telah dikuarantin dan 193,028 orang dibenarkan pulang manakala 1,964 lagi dibawa ke hospital.

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 634 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit (448), pemborong (155) dan pengilang (31).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,510 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang PKP dan mendapati semua premis mematuhi SOP. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan