32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

TNB bantu 17 asnaf di Perlis miliki rumah sendiri

Mesti Baca

KANGAR – Impian seramai 17 asnaf di Perlis untuk memiliki rumah kediaman sendiri akhirnya tercapai menerusi Program Baiti Jannati yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh TNB itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Menurut Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebanyak RM850,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan projek itu sekali gus memenuhi impian semua asnaf yang terpilih.

“Projek ini merupakan satu program CSR TNB yang bertujuan untuk berkongsi kemakmuran bersama rakyat yang kurang bernasib baik supaya berpeluang menikmati kesejahteraan hidup,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Majlis penyerahan kunci rumah Baiti Jannati TNB disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pengurusan Tinggi TNB.

Pada majlis itu, dua orang asnaf turut menerima bantuan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR), yang dipilih melalui kerjasama pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU) dalam mengenal pasti mereka yang layak dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000.

Mahdzir menambah, TNB sangat prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan bantuan dan keperluan hidup terutamanya dari segi kediaman yang lebih selesa untuk didiami agar kehidupan mereka bertambah baik dan selamat.

“Semoga dengan bantuan daripada TNB ini memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah sendiri,” jelasnya lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyaksikan penyerahan replika cek zakat perniagaan TNB Perlis daripada Mahdzir Khalid kepada Mohd Nazim Mohd Noor. – Gambar: Ihsan TNB

Sebelum itu, Mahdzir turut menyampaikan wang zakat perniagaan daripada TNB negeri Perlis berjumlah RM309,340.11 kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis penyerahan wang zakat itu turut disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis. – EDISI 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan