25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PRU-15: Tiada muka lain, PH pilih Anwar calon PM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PORT DICKSON – Pakatan Harapan (PH) masih mengitar semula skrip lama apabila menamakan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataan bertajuk Ketetapan Port Dickson hari ini, PH turut menyatakan bahawa Anwar yang juga Presiden PKR akan mengetuai gabungan pembangkang itu dalam PRU-15.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan program pemukiman pimpinan PH di Port Dickson semalam dan hari ini.

Anwar calon
Pemukiman PH di Port Dickson. – Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Selain Anwar, pemukiman itu dihadiri pemimpin-pemimpin utama PH seperti Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Yang turut hadir, ahli-ahli Majlis Presiden PH, ketua wanita dan pemuda parti-parti, Menteri Besar Selangor, Datuk Sewri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Selain menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, ketetapan lain yang terkandung dalam kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat;

Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh PH dalam mendepani PRU-15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah negara dengan amanah, demokratik dan adil;

Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan;

Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto PH;

Kami mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan rakyat; dan

Kami akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu Ekonomi Rakyat, Kestabilan Politik dan Krisis Pandemik COVID-19.

Setakat ini, tiada petunjuk bila PRU-15 akan diadakan walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah membayangkan ia boleh berlaku selepas pandemik COVID-19 berakhir. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan