25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Nurulhidayah Zahid letak jawatan dalam SME Corp

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Ahli Perbadanan SME Corp berkuat kuasa secara serta-merta.

Anak Presiden UMNO itu mengumumkan perkembangan tersebut melalui laman Instagram miliknya hari ini.

Beliau turut memaparkan gambar surat peletakan jawatan yang disandangnya sejak Januari lalu dalam status Instagram tersebut.

Walau bagaimanapun, Nurulhidayah tidak menyatakan sebab meletak jawatan dalam surat bertarikh 6 April 2021 kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Jawatan yang DILANTIK saya SUKARELA lepaskan.

“Jawatan yang DIPILIH atas pemilihan yang SAH wajib diperTAHANKAN. Soalan saya, siapa yang tidak ada ‘telor’ sekarang?” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut.

Surat peletakan jawatan sebagai Ahli Perbadanan SME Corp yang dipaparkan dalam Instagram milik Nurulhidayah.

Kenyataan berkenaan dipercayai sebagai sindiran terhadap pihak-pihak tertentu termasuk sejumlah kecil pemimpin UMNO yang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur dari jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sejak 2018.

Advertisements

Beliau menambah, kapsyen itu tiada kaitan dengan penampilannya yang kini berpurdah.

“Ya Allah, jika bukan tempat ku di SME Corp untuk membantu orang ramai, berikan aku jalan dan kecukupan untuk aku membantu mereka yang susah dan memerlukan.

“Yaa Allah, bantu aku yaa Allah agar aku mampu membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Aaminn Yaa Rabb,” tambahnya.

Keputusan Nurulhidayah meletak jawatan itu menerima pujian daripada para pengikutnya dan menyifatkan beliau melakukan tindakan yang berani sebagai seorang pejuang.

Mereka juga berpandangan, banyak platform yang boleh digunakan oleh beliau untuk membantu rakyat selain SME Corp.

Penyokong-penyokong turut mendoakan segala urusan Nurulhidayah yang mesra dengan panggilan Kak Long dipermudahkan oleh Allah SWT. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan