25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Nicky Liow dan 15 konco dituduh di mahkamah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

JOHOR BAHRU – Seramai 16 ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nicky dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka menjalankan aktiviti pengubahan wang haram bagi mendapatkan faedah material untuk kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

“Ketua Geng Nicky iaitu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee bersama dengan pembantu peribadinya yang juga ahli Geng Nicky iaitu seorang wanita warga China bernama Niu Zhe dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.

“Pertuduhan mereka dibuat secara in absentia kerana kedua-duanya masih lagi bebas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Beliau menambah, dua adik-beradik Nicky Liow iaitu Datuk Liow Wei Loon dan Datuk Liow Wei Kin turut diheret ke mahkamah.

Ayob Khan memberitahu, tujuh rakyat tempatan yang turut didakwa ialah Datuk Lee Kum Weng, Datuk Loo Siew Chin, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Lee Han Keat, Eee Eng Chee dan Lim Kang Li.

“Manakala empat warga China pula ialah Jiang Xue, Gu Xing Qiong serta pasangan suami isteri Wang Yu Jun dan Huang Lei,” jelasnya.

Menurut beliau, seorang juruaudit yang bernama Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming pula telah dituduh di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan kerana membantu kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun,” ujarnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan