36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis tahan 8 lelaki suspek kes gaduh di Rawang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai lapan lelaki ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di Rawang pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semua suspek berumur antara 23 hingga 29 tahun ditahan semalam antara pukul 1.30 petang hingga 8.30 malam.

Beliau turut mengesahkan beberapa lagi suspek sedang diburu oleh polis.

“Pada 18 April 2021 pukul 1 pagi, semasa pengadu berumur 29 tahun bersama rakan sedang minum di sebuah restoran di Rawang telah berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki akibat ejek-mengejek antara mereka.

“Keadaan menjadi kecoh apabila kumpulan lelaki tersebut telah bertindak membaling botol kaca yang berada di atas meja ke arah pengadu dan rakan- rakan.

“Pengadu dan rakan-rakan turut membaling botol ke arah suspek dan kemudian berlaku pergelutan antara mereka,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Arifai menambah, pengadu telah mengajak rakan-rakannya beredar dari lokasi kejadian sebelum pergaduhan menjadi lebih buruk.

Beliau memberitahu, pengadu mengalami cedera ringan pada bahagian tangan sebelah kiri dan dada akibat kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Arifai turut mengesahkan bahawa empat suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Ridzuan Roslan di talian 03-61262222 atau 014-6642011. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan