24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hamzah mengaku suaranya dalam rakaman audio tular

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengakui rakaman audio yang tular baru-baru ini didakwa mirip suaranya adalah perbualan beliau dengan seorang ‘individu penting’.

Pada masa yang sama, Hamzah percaya beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sebaliknya, beliau menegaskan, pihak yang merakamkan perbualan tersebut yang sepatutnya dianggap bersalah.

“Saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun, apa yang salahnya.. yang salah ialah orang yang ‘tape’ (rakam) perbualan saya dengan seseorang. Itu baru kesalahan.

“Yang saya lakukan tidak ada salah. Saya dah cakap banyak kali bahawa kalau kita dengar pun (rakaman perbualan) itu, apa kesalahannya?

“Saya hanya minta IGP (Ketua Polis Negara) beri beberapa nama kepada Tuanku (pihak Istana), salah ke?” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di sini, hari ini.

Hamzah diminta mengulas tentang rakaman audio yang tular didakwa mirip suaranya dan mencetuskan kritikan banyak pihak.

Antara yang mengkritik ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menggesa polis menyiasat tentang penularan rakaman audio tersebut.

Dalam rakaman audio yang kontroversi itu, individu yang suaranya mirip Hamzah dikatakan berbual dengan seorang individu dan didakwa mengatur ‘orang kita’ sebagai pegawai kanan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisements

Hamzah menambah, rakaman audio itu adalah tentang perbualan yang berlaku tahun lalu.

Beliau tidak melihat terdapat keperluan untuk membuat laporan polis kerana tiada kesalahan yang dilakukannya.

“Saya sedang memberitahu seseorang, individu yang sangat penting. Tiada apa salah jika saya memberitahunya… kami membuat perkara yang betul.

“Kerana perkara ini ditanya oleh pihak Istana berhubung maklumat berhubung perkara berkenaan, dan kita akan menghantarnya dan saya berkata kepada IGP, kita akan hantar beberapa nama,” jelasnya.

Hamzah juga akan menggunakan kaedah selain laporan polis bagi mengesan dalang di sebalik penularan rakaman audio terbabit.

Berhubung dakwaan beliau cuba campur tangan dalam isu pertukaran pegawai kanan PDRM, Hamzah menyatakan beliau boleh bertindak atas kapasiti Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Saya ialah pengerusi SPP, saya nak maklumkan perkara itu ada dalam Perlembagaan bahawa Pengerusi SPP adalah suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai polis.

“Yang salah ialah kalau saya nak suruh buat perkara yang di luar tanggung jawab saya, itu baru salah,” ujarnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan