24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

ECRL kembali ke jajaran asal dengan kos RM50 bilion

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jajaran baharu dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan selepas mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL.

“Antaranya kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

“Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke jajaran asal yang dicadangkan pada 2016-2017,” katanya di sini hari ini.

Wee berkata, jajaran asal Seksyen C itu, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.

Katanya, Kementerian Pengangkutan sebagai pihak dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL, mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar, dan sosial.

Advertisements

“Jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 km termasuk 32.4 km jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5 km (termasuk 41.5 km jajaran sisihan).

“Ini menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665km.

“Jajaran Utara ini akan melibatkan pembinaan tujuh stesen dalam jangka masa panjang dengan lima stesen yang akan dibina pada peringkat awal iaitu stesen Temerloh, Bentong, ITT Gombak, Serendah Baru dan Jalan Kastam (Pelabuhan Klang).

“Manakala dua stesen iaitu Puncak Alam dan Kapar di Selangor telah pun ditetapkan sebagai stesen perancangan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan jajaran itu pada 2 September tahun lalu.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan