26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Siapa perosak sebenar UMNO akan diketahui juga – Annuar

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yakin kebenaran siapa perosak parti sebenar akan muncul juga akhirnya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, pada masa itu masing-masing perlu bertanya kepada hati secara jujur.

Power is the greatest aphrodisiac Tan Sri. Kita yang menegur ini dikira makhluk perosak. Lebih buruk lagi kita difitnah ejen parti lain. Kesetiaan kita pada parti dipersenda.

“Tak apa Tan Sri, kebenaran siapa perosak, akan muncul. Waktu itu, semua bertanyalah pada hati, secara jujur…,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Annuar memberi maklum balas berhubung nasihat bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib agar ahli parti yang sedang didakwa di mahkamah keluar parti atau mengambil cuti rehat.

Muhammad yang juga Penasihat UMNO Selangor berkata, langkah tersebut juga bagi mengelak wujudnya tanggapan buruk dalam kalangan rakyat terhadap UMNO.

Seperti dilapor FMT, beliau berkata, kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan buruk terhadap reputasi UMNO dan sokongan umum merosot.

Annuar merupakan antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana enggan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malahan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, para perwakilan parti di seluruh negara bersetuju agar UMNO memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada kadar segera.

Manakala para menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari UMNO juga dicabar agar melepaskan jawatan masing-masing.

Zahid dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu melabelkan seorang pemimpin dipercayai ditujukan kepada Annuar, sebagai makhluk perosak dan menikam UMNO dari belakang.

Membalas kenyataan tersebut, Annuar menganggap cabaran oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk selaku Presiden UMNO itu sangat tidak wajar.

“Saya jujur, saya kata tidak wajar presiden mencabar sesiapa. Kalau kita galakkan budaya cabar-mencabar dalam parti, apa kata kalau orang lain pula cabar presiden?” soalnya seperti dilapor media sebelum ini.

Zahid pula dituduh cuba membina jajaran baharu politik negara dengan membawa UMNO bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi menentang kerajaan PN.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan dan UMNO dikatakan tetap berpegang pada prinsip “No Anwar, No DAP”. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan