31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Kos baharu projek ECRL ‘kantoikan’ fitnah PH – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kos baharu pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada RM50 bilion membuktikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa projek tersebut hanya bernilai RM27 bilion adalah tidak benar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos asal pembinaan ECRL yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017 adalah berjumlah RM55 bilion.

Bagaimanapun, ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan pada 2018, mereka menstruktur semula projek tersebut termasuk memendekkan laluan, mengurangkan jumlah stesen dan mengubah jajarannya.

“Sekaligus, ini turut kantoikan propaganda PH sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) bahawa kos ECRL hanya RM27 bilion dan kos RM55 bilion masa BN banyak rasuah dan berat sebelah untuk “bail-out” 1MDB.

“Mana perginya pemimpin-pemimpin PH yang fitnah projek ini untuk serang saya? Akibat fitnah PH, projek ini yang sepatutnya siap pada Jun 2024 telah dilambatkan ke tahun 2027,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan projek ECRL akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

Baca juga:   Kuarantin 14 hari tak beri impak besar ekonomi Malaysia

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jajaran baharu dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan selepas mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL.

Baca juga:   Semua kilang minuman keras tutup serta-merta

Najib berkata, ekoran fitnah tersebut projek ECRL telah dihentikan sementara sebelum disambung semula.

“Bayangkan apa kerugian ekonomi pada negara serta kehilangan kemudahan bagi Rakyat Malaysia dengan kelewatan dua setengah tahun ini.

“Namun, belum pasti lagi jika ianya akan dilambatkan lagi oleh perubahan terbaru di bawah kerajaan PN. Harap akan pada tahap minima,” katanya.

Najib berkata, walaupun kos pembinaan ketika zaman BN berjumlah RM50 bilion tetapi ia menghubungkan antara Pengkalan Kubor di sempadan Malaysia-Thailand dan Pelabuhan Klang melalui Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, dengan kos RM44 bilion, PH telah memendekkan laluan kepada Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang melalui Kuala Klawang di Negeri Sembilan.

Manakala jajaran baharu pula mengekalkan laluan Kota Bharu-Pelabuhan Klang tetapi melalui Serendah dan Gombak, tanpa melalui pusat bandar raya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan