32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sultan Johor kurnia sumbangan peribadi RM30j untuk Yayasan JDT

Mesti Baca

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM30 juta kepada Yayasan Johor Darul Ta’zim (Yayasan JDT), hari ini.

Kurniaan itu disampaikan baginda kepada pemilik kelab bola sepak JDT, yang juga anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Sumbangan peribadi itu bagi membolehkan Yayasan JDT menyalurkan bantuan bagi meringankan rakyat yang memerlukan serta untuk pembangunan bola sepak negeri Johor.

Tunku Ismail menjunjung setinggi-tinggi terima kasih kepada Sultan Johor atas keprihatinan baginda mengurniakan sumbangan peribadi tersebut dan mendoakan agar ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Yayasan JDT merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk mengumpul dana dan mengagihkan bantuan kepada rakyat Johor dalam bentuk kebajikan, kesihatan, pendidikan, sukan dan sosial.

Ia secara tidak langsung membolehkan penyokong terlibat dalam kemajuan dan pembangunan kelab, serta memartabatkan bola sepak Johor secara amnya.

Yayasan tersebut telah dilancarkan pada 13 Oktober 2015 setelah mendapat perkenan oleh Tunku Ismail. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan