36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak serik, pakar kecantikan mabuk langgar sekatan polis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seorang pemandu wanita yang bekerja sebagai pakar kecantikan di Puchong didakwa memandu dalam keadaan mabuk awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku di sekatan jalan raya di laluan keluar plaza tol Damansara, kira-kira pukul 1.05 pagi tadi.

Menurut beliau, kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu pakar kecantikan berusia 32 tahun itu merempuh peralatan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

“Dalam kejadian tersebut, beberapa peralatan telah mengalami kerosakan, antaranya papan tunjuk arah, lampu biru sekatan jalan raya dan kon warna oren.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membawa suspek ke IPD Petaling Jaya bagi menjalani ujian pernafasan alkohol kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

“Hasil ujian pernafasan melalui mesin evidential breath analyzer (EBA) mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang telah ditetapkan semasa memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee memberitahu, pakar kecantikan terbabit kini diberi jamin polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nampaknya, masih ada lagi pemandu tidak bertanggungjawab yang memandu dalam keadaan mabuk walaupun setelah hukuman yang lebih berat menanti mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan berkenaan. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan