27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

SPNB lancar model terbaharu RMR bertiang

Mesti Baca

SHAH ALAM – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini melancarkan model terbaharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertiang bagi pemohon yang tinggal di kawasan rendah yang sering terlibat dengan banjir.

Model terbaharu itu merupakan tambahan kepada enam model sedia ada bagi memberikan pilihan kepada pemohon produk berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin berkata, model tersebut dijangka mendapat permintaan yang tinggi di kawasan rendah dan berisiko banjir dengan harga RM85,000 seperti model lain.

”SPNB masih mengekalkan subsidi RM20,000 kepada pemohon rumah bertiang ini yang berkeluasan 900 kaki persegi yang dilengkapi tiga bilik tidur utama dan dua bilik air.

“Kami yakin dengan adanya model seumpana ini boleh memberikan lebih pilihan kepada pemohon RMR yang rata-rata dari golongan berpendapatan rendah.

”RMR bertiang baharu berkonsepkan kontemporari ini adalah lebih menarik dan dan mampu memberikan keselesaan kepada pemohon RMR.

Advertisements

“Ini merupakan tambahan kepada lima reka bentuk yang mula diperkenalkan tahun ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

model
Zuraida Kamaruddin bersama kakitangan SPNB dalam program lawatannya di Galeri SPNB, Saujana Resort, Shah Alam, hari ini. – Gambar: Ihsan SPNB

Beliau berkata demikian selepas program lawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin ke Galeri SPNB di Saujana Resort dekat sini hari ini.

Yantg turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Mutalib dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Selain itu, penambahbaikan lain terhadap produk ini adalah pertambahan kepada polisi insuran ke atas permohonan baharu RMR yang melibatkan perlindungan kebakaran dan banjir, kemalangan, badal haji, khairat kematian dan kos penghospitalan sebanyak RM100 sehari.

”Cara permohonan adalah masih menggunakan saluran biasa iaitu melalui sistem dalam talian di rmr.online ataupun pemohon boleh datang sendiri ke mana mana pejabat cawangan SPNB di seluruh negara. Kami mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara,” katanya.

Selain itu, katanya, SPNB kini dalam proses akhir mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk menaikkan syarat had kelayakan pendapatan asal bulanan seisi rumah dari RM3,000 kepada RM5,000 bagi memberikan peluang kepada golongan B40 untuk memperoleh unit kediaman RMR. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan