34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

YSD sumbang RM2 juta kepada WAO sehingga 2022

Mesti Baca

CYBERJAYA – Yayasan Sime Darby (YSD) mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang dengan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) serta sumbangan dana RM2 juta sehingga 2022.

Bagi tempoh tiga tahun akan datang, dana sumbangan YSD itu akan membantu usaha WAO memperjuangkan agenda kesaksamaan gender dan penguatkuasaan undang-undang mencegah gangguan seksual serta diskriminasi gender di tempat kerja.

Ahli Majlis Pentadbir YSD merangkap Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, selama lebih sedekad, YSD telah bekerjasama dengan WAO dalam usaha perlindungan dan advokasi untuk wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan anak-anak mereka.

Menurut beliau, kerjasama itu membolehkan WAO untuk mengubah pelbagai dasar nasional dan mewujudkan garis panduan mengenai pembukaan dan pengendalian pusat perlindungan keganasan rumah tangga.

“Kami juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan WAO sejak dahulu, memberi sokongan terhadap usaha mereka menyediakan ruang untuk perlindungan dan keadilan terhadap wanita Malaysia daripada keganasan dan diskriminasi gender.

“Kerjasama ini adalah selaras dengan strategi teras Masyarakat & Kesihatan YSD, kerana ia menyokong inisiatif ke aras perubahan dasar nasional yang melindungi hak dan kesejahteraan mereka yang kurang bernasib baik dan dipinggirkan,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Wanita 2021 yang disambut semalam.

Sehingga kini, WAO memainkan peranan penting dalam mendorong pindaan pelbagai dasar nasional termasuk pindaan Kanun Keseksaan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 dan mewujudkan pusat perlindungan keganasan rumah tangga di Kelantan, Sarawak, Selangor, Kedah and Perak.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan berkata, dengan sokongan daripada YSD, pihaknya berjaya mencatatkan pencapaian baharu dalam kesaksamaan gender.

Beliau memberitahu, YSD dan WAO juga bekerjasama bagi membanterasa keganasan berasaskan jantina dengan menyediakan sokongan kepada mangsa, pindaan undang-undang dan dasar serta memperkukuhkan keupayaan petugas barisan hadapan dan masyarakat.

“Kami berharap kerjasama ini akan terus memperkasakan wanita di Malaysia dan mewujudkan masyarakat yang lebih saksama,” jelasnya.

Tahun ini, YSD memberi penghormatan kepada pemimpin-pemimpin wanita yang telah bekerjasama dengan yayasan tersebut dalam pelbagai projek tanggungjawab sosial korporat. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan