24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Piala Sumbangsih kekal milik JDT, tewaskan KDA 2-0

Mesti Baca

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru malam ini.

Sejurus wisel sepak mula ditiupkan sebagai tanda pembukaan musim Liga Malaysia tahun ini, JDT terus melancarkan asakan ke kubu KDA dan hampir-hampir menemui penyudah sehingga dua kali palang bergegar.

Peluang terbaik hadir melalui rembatan Safawi Rasid dan Gonzalo Canbrera seawal 15 minit perlawanan namun penjaga KDA, Ifwat Akmal beraksi cemerlang menepis beberapa percubaaan berbahaya.

5 minit kemudian, KDA hampir membuka akaun jaringan pertama namun rembatan Kipre Tchetche singgah pada palang. Mereka turut memperolehi peluang kedua menerusi Rizal Ghazali.

Pada minit ke 35, JDT akhirnya menjaringkan gol pertama melalui rembatan Safawi Rasid dalam kotak penalti yang mudah menewaskan Ifwat Akmal. Gol tersebut merupakan hadiah terbaik sempena sambutan hari jadinya hari ini.

Jaringan itu turut membangkitkan semangat pemain JDT untuk terus memburu gol kedua. Malah, KDA juga berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke 45 namun percubaan ‘backheel’ Baddrol Bakhtiar gagal menemui sasaran.

Advertisements

Bagaimanapun, keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, KDA membuat pertukaran pertama dengan memasuki Fazrul Daniel menggantikan Faizat Ghazli.

KDA juga turut berdepan isu kecederaan sehingga memaksa pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak melakukan dua lagi pertukaran dengan memasukkan Shahril Saari dan Amirul Hisyam bagi menggantikan tempat penjaga gol, Ifwat Akmal dan pemain pertahanan, Syazwan Tajudin.

Pada minit ke 68, gawang gol KDA sekali lagi bocor apabila rembatan cantik Natxo Insa dari luar kotak penalti menghasilkan gol kedua untuk JDT selepas bola tersebut terkena kaki Amirul yang gagal ditepis oleh Shahril Saari.

Tersentak dengan jaringan itu, KDA cuba bangkit mengatur gerakan berbahaya ke kubu JDT namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Aidil Zafuan.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT juga merupakan pasukan pertama yang memperolehi tiga mata penuh dalam saingan Liga Super musim ini.

Untuk rekod JDT menjulang tujuh kali Piala Sumbangsih ini sejak pertama kali diperkenalkan pada 1985 iaitu pada 1986, 2015, 2016, 2018, 2019, 2020 dan tahun ini, 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan