24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3,275 pesakit COVID-19 sembuh, 5 kematian seluruh Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 3,275 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh di seluruh negara hari ini, mengatasi 2,154 kes jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula terdiri daripada 2,149 kes tempatan dan lima kes import.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima kes di Selangor, dan satu kes di Kedah. Kesemua kes melibatkan warganegara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari):

Kes pesakit COVID-19 sembuh: 3,275 kes (286,904 kes kumulatif, 92.5%);

Kes pesakit COVID-19 baharu : 2,154 kes (310, 097 kes kumulatif);

Kes pesakit COVID-19 import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)

Kes pesakit COVID-19 tempatan : 2,149 kes [1,339 warganegara (62.3%); 810 bukan warganegara (37.7%)];

Kes aktif : 22,034 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 184 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 87 kes; dan

Kes kematian: 6 kes (1,159 kes kumulatif, 0.37%; 6 warganegara).

pesakit covid

Selangor melaporkan kes harian pesakit COVID-19 baharu tertinggi iaitu sebanyak 794 kes (36.9 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 666 kes (83.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 463 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 250 kes (11.6 peratus).

Kes positif 2,154 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 794 kes
243 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Meranti Utama, dan Kluster Kampung Nyatoh;
423 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
126 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 463 kes
354 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 250 kes
54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 119 kes
61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan 10;
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 109 kes
100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senu;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 108 kes
13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mutiara Barat dan Kluster Persiaran Alam;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 97 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala Punteh;
46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 77 kes
73 kes daripada kluster-kluster, termasuk 71 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Nyatoh;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 57 kes
26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 38 kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Advertisements

Terengganu: 16 kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 10 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Kedah: Sembilan (9) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

pesakit COVID

Sebanyak 81 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (11 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Kluster Damai Pelangi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 Mac 2021:

Jumlah kluster : 1,187 kluster;

Jumlah kluster baharu : 10 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 699 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas);

Jumlah kluster aktif : 488 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER KAMPUNG NYATOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Gombak di Selangor. Tiga (3) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-296511, kes ke-300097, dan kes ke-308185) dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Nyatoh, Rantau, Seremban. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 74 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Zamrud Utama, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 629 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Dato Sellathevan, Kampung Jawa, Klang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MERANTI UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Meranti Utama, Sepang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERUSAHAAN 10
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SENU
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Mutiara, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN ALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285057) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran Jalan Persiaran Alam, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KUALA PUNTEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296961) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kuala Punteh, Keningau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan