26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelancong Malaysia gemar bercuti tanpa persediaan awal – Agoda

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Platform percutian digital, Agoda mendapati Malaysia merupakan antara tiga negara utama di pasaran Asia Pasifik yang menggemari pengalaman percutian tanpa persediaan awal.

Maksudnya, ramai pelancong di negara itu yang membuat pencarian tempat penginapan pada hari yang sama dengan tarikh daftar masuk.

Dua negara lain adalah Indonesia dan Thailand.

Negara-negara lain yang mempunyai ramai pelancong berbuat demikian adalah Vietnam, Hong Kong, Jepun, India, Filipina, Korea Selatan dan Singapura.

Agoda berkata, permintaan untuk carian perjalanan pada saat akhir untuk penginapan hotel pada hari sama dan keesokan hari telah meningkat berbanding tahun lepas.

“Ini telah diumumkan sempena pelancaran produk GoLocal Tonight di rantau Asia Pasifik.

“Mulai hari ini, pelancong yang mencari tempat penginapan untuk percutian spontan saat akhir boleh jimat lebih banyak dengan tawaran GoLocal Tonight Agoda apabila mereka membuat tempahan pada hari yang sama,” jelas Agoda dalam satu kenyataan.

Agoda
Infografik: Agoda

Sementara itu, Pengarah Serantau Agoda, Enric Casals berkata, jumlah pengguna yang memilih percutian pada saat-saat akhir semakin meningkat.

Menurut beliau, ada yang membuat keputusan secara spontan untuk keluar menonton persembahan atau membuat tempahan “staycation” sekadar bersuka-suka.

“GoLocal Tonight menarik perhatian segmen baharu ini yang terdiri daripada pelancong berhemat.

Advertisements

“Mereka bertindak mengikut gerak hati dan sentiasa mencari harga rendah untuk memanfaatkan tawaran pada hari yang sama.

“Ini menghasilkan situasi menang-menang di antara rakan niaga dan pelancong,” jelasnya.

Ribuan hotel dan pengusaha penginapan di Asia Pasifik telah mendaftar dalam program Agoda tersebut untuk menawarkan diskaun tambahan sehingga 30 peratus untuk tempahan saat akhir.

Sama ada untuk percutian solo di kota, atau berkumpulan di destinasi luar bandar atau pantai, dapatkan tawaran hebat saat akhir GoLocal Tonight.

Data pencarian telah dikumpul pada 10 Februari 2021 bagi tempoh 1 – 30 Januari 2021.

Bermula sebagai sebuah syarikat e-dagang di Singapura pada tahun 2005, Agoda telah berkembang menjadi syarikat yang menawarkan jaringan global untuk dua juta penginapan di lebih 200 negara di seluruh dunia, menawarkan pelancong akses mudah kepada pilihan hotel, pangsapuri, rumah, dan vila mewah dan murah yang luas, sesuai untuk semua bajet dan tujuan pengembaraan.

Pada tahun 2019, syarikat itu telah menambah penerbangan dan pakej percutian untuk memudahkan perjalanan.

Beribu pejabat di Singapura, syarikat tersebut adalah sebahagian daripada Booking Holdings (NasDaq: BKNG) dan mempunyai lebih daripada 4,000 kakitangan di 30 buah negara.

Agoda.com dan aplikasi mudah alih Agoda terdapat dalam 39 bahasa. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan