25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muzium 3D Kertih laksana pembayaran tanpa tunai

Mesti Baca

KERTIH – Muzium 3D Kertih, galeri seni ilusi dan 3D pertama di Terengganu kini menyediakan pembayaran tanpa tunai (cashless) bagi memudahkan para pengunjung membuat pembayaran tiket masuk dan pembelian di gerai jualan.

Kemudahan ini disediakan khusus kepada para pemegang akaun Maybank apabila mereka hanya perlu mengimbas kod QR melalui aplikasi MAE by Maybank atau Maybank Mobile yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau AppStore.

Pengurus Galeri, Muzium 3D Kertih, Ab Halim Ismail berkata, kemudahan bayaran tanpa tunai ini bukan sahaja dapat memudahkan para pengunjung membuat pembayaran apabila mereka tidak mempunyai wang tunai di tangan, tetapi juga dapat menjimatkan masa menunggu.

“Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, pembayaran tanpa tunai seperti ini amat penting dan ia memang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muzium 3D Kertih yang mempunyai keluasan kira-kira 5,000 kaki persegi di rumah kedai satu setengah tingkat milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Bandar Baru Kertih menjadikannya sebagai galeri 3D terbesar di Pantai Timur.

Advertisements
Kebenaran gelembung pelancongan dapat menggalakkan lebih ramai pengunjung ke Muzium 3D Kertih.

Sementara itu, Ab Halim menyambut baik langkah kerajaan yang memberikan kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar bagi membolehkan pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPPP) bergerak merentas ke negeri di bawah PKPP lain mulai 10 Mac 2021.

“Sebagai pengusaha produk pelancongan di negeri Terengganu, kami menyambut baik langkah kerajaan kerana ini dapat menarik pelancong dari negeri-negeri lain untuk berkunjung ke galeri kami.

“Kami menyedari pandemic COVID-19 memberi impak negatif terhadap industri pelancongan tetapi kami yakin apabila pemberian vaksin sudah diberikan secara menyeluruh, industri ini kembali ‘boom’ dan ketika itu kamu sudah bersedia,” kata beliau.

Pada masa yang sama Ab Halim berharap Muzium 3D Kertih mendapat sokongan daripada kerajaan negeri untuk memasukkan galeri seni itu ke dalam kalendar pelancongan negeri.

“Pada masa sama kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan kami kerana matlamat kita untuk memajukan lagi Kertih sebagai tarikan pelancong dan tidak hanya terfokus kepada industi minyak dan gas.” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan