27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Shell lancar kempen baharu untuk FuelSave 95

Mesti Baca

FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza penuhi kehendak pengguna

CYBERJAYA – Shell Malaysia melancarkan satu kempen bertujuan menyerlahkan keupayaan Shell FuelSave 95 yang mampu memberikan ekstra kilometer agar pengguna di negara ini mendapat ekstra perjalanan harian mereka.

Direka dengan teknologi Dynaflex, Shell FuelSave 95 memberikan ekstra kilometer melalui penjimatan serta-merta yang mana bahan api tersebut mengurangkan geseran sehingga peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.

Selain itu, ia juga Shell FuelSave 95 juga menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus di samping melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan mendapan dengan Formula Tiga Tindakan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain berkata, hampir 130 tahun syarikat itu menerajui pembangunan bahan api berkualiti tinggi dan membuat pelaburan dalam modal insan serta teknologi sains untuk memacu inovasi bahan api di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan kaji selidik pengguna yang mahukan bahan api yang boleh menambah jarak perjalanan lebih jauh dan menjimatkan kos sebagai pilihan mereka dalam memilih bahan api untuk kenderaan mereka.

“Berdasarkan kajian ini, Shell Malaysia mengorak langkah untuk melancarkan kempen ini bagi memenuhi keinginan pengguna di negara ini yang mahukan bahan api berkualiti dengan ekstra kilometer tanpa kos tambahan.

“Dengan pandemik COVID-19 yang mempengaruhi situasi kewangan kebanyakan isi rumah, kami faham bahawa sedikit ekstra akan memberikan perbezaan dalam kehidupan harian. Aspirasi Shell FuelSave 95 adalah untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Shairan Huzani berkata, semua itu dapat dirasai sendiri perbezaan tersebut apabila menggunakan FuelSave95 ini.

Bagi memulakan pelancaran Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza, Shell mempromosikan tayangan video yang memaparkan bahawa bukan semua petrol dicipta sama, sambil menyerlahkan janji Ekstra Shell.

Beliau berkata, pihaknya akan memperkenalkan beberapa kandungan yang lebih mengujakan dalam kempen ini, termasuk iklan televisyen mengenai kisah seorang ayah penyayang yang menjaga bayinya, dengan bantuan Shell FuelSave 95. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan