33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Temui Muzium 3D Kertih di Jambatan Angkat Terengganu

Pameran mini akan berlangsung setiap hari mulai 25 Mei hingga 11 Jun 2022, tertakluk kepada waktu operasi Jambatan Angkat

Mesti Baca

MUZIUM 3D Kertih, galeri seni dan ilusi 3D pertama di Terengganu akan mengadakan pameran khas di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Pameran mini itu akan berlangsung mulai 25 Mei hingga 11 Jun itu dengan kerjasama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) bagi menarik minat orang ramai terhadap seni kreatif.

Pengurus Muzium 3D Kertih, Ab Halim Ismail berkata, sepanjang pameran berlangsung orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman bergambar dengan lukisan tiga dimensi yang kini semakin digemari di seluruh dunia.

“Melalui karya 3D seperti ini, orang ramai dapat merasai bagaimana mereka seolah-olah berada di dalam lukisan dan berinteraksi dengannya.

“Jadi, inilah peluang bagi masyarakat di negeri ini khasnya untuk merasai pengalaman baharu ini yang kali pertama diwujudkan di negeri ini,” katanya hari ini.

Baca juga:   2 ADUN positif Covid-19, sidang DUN Kelantan ditangguh
Antara tarikan yang ada di Muzium 3D Kertih.

Selain rerurai foto (photo booth) lukisan 3D, pihak Muzium 3D Kertih juga membuka peluang kepada orang ramai untuk membeli tiket masuk galerinya dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Ab Halim berkata, tawaran tersebut khas kepada pengunjung Jambatan Angkat sepanjang pameran berlangsung sahaja.

Untuk rekod tiket masuk biasa bagi pengunjung adalah RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Bagaimanapun tawaran tersebut tidak berlaku bagi mereka yang mengambil Pakej Keluarga atau Rombongan Sekolah.

“Kami juga mengadakan jualan barangan cenderamata Muzium 3D Kertih seperti kemeja-T yang eksklusif,” katanya.

Baca juga:   Pelitawanis TNB hulur sumbangan untuk Hospital Kuala Nerang

Muzium 3D Kertih yang mempunyai keluasan 5,000 kaki persegi dibuka kepada umum sejak Januari 2021 mempunyai hampir 100 lukisan mural sarat dengan warisan, kebudayaan dan pelancongan negeri.

Maklumat lanjut mengenai Muzium 3D Kertih diperoleh dengan menghubungi talian 09-8251525, WhatsApp 011-10861165 atau lawat www.3dkertih.com.my dan ikuti media sosial @3dkertih melalui Facebook, Instagram dan TikTok. – Edisi 9

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan