30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Boleh hadir ke majlis akad nikah tetapi bersyarat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA individu yang tidak lengkap vaksinasi dibenarkan menghadiri majlis akad nikah di Selangor tetapi secara bersyarat bermula kelmarin.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, syarat tersebut termasuk bukannya terdiri daripada individu yang sedang positif Covid-19.

Katanya, mereka juga tidak berada dalam tempoh Arahan Perintah Pengawasan Dan Pemantauan (HSO).

“Selain itu, individu itu juga bukan terdiri daripada warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap.

Advertisements

“Pelaksanaan majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau, rumah atau mana-mana dewan di negeri ini serta di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID),” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan majlis akad nikah tidak menetapkan had kehadiran bagi individu yang lengkap menerima vaksinasi.

“Justeru, JAIS menasihatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan