Friday, June 5, 2026

82 murid terpilih terima bantuan laptop dari YDN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 82 pelajar Tingkatan 4 daripada enam buah sekolah terpilih menerima bantuan berupa laptop dari Yayasan Didik Negara (YDN).

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, pemberian laptop berkenaan merupakan inisiatif Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN), iaitu agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang bertindak menyelaras bantuan kepada murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan.

“Ini merupakan fasa terakhir penyerahan bantuan pembelajaran digital bagi kegunaan murid Tingkatan 4 sesi 2022/2023 daripada keseluruhan 350 unit laptop yang diperuntukkan oleh Ekuinas untuk diagihkan kepada murid terpilih di seluruh negara.

“Semoga usaha yang digerakkan YDN ini memberi nilai tambah kepada pembelajaran anak-anak kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran tersebut, beliau berkongsikan sekitar majlis penyerahan bantuan pembelajaran digital peringkat Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Putrajaya petang semalam.

Ujar Radzi lagi, YDN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan amat mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dalam usaha memperkasakan pendidikan digital.

“Kepada anak-anak, pak cik (saya) harap manfaatkanlah kemudahan peranti ini sebaiknya dalam pembelajaran masing-masing,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan