28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MAM gesa penggiat sukan permotoran patuh SOP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

SEPANG – Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) menggesa penganjur dan peserta aktiviti sukan permotoran untuk memastikan pematuhan terhadap protokol dan garis panduan daripada MAM, selari dengan Garis Panduan (SOP) sektor sukan dan rekreasi yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, gesaan itu dibuat berikutan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut beliau, aktiviti sukan permotoran akan kembali beraksi dengan pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang pada 20 dan 21 Mac ini.

“Kami sangat teruja untuk menyaksikan penyambungan semula aktiviti sukan permotoran bermula hujung minggu ini di Sepang.

“Namun, saya ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat agar mematuhi SOP dengan ketat kerana, seperti yang kita sedia maklum, COVID-19 masih merupakan ancaman terhadap negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selepas pusingan pembukaan kejuaraan Cub Prix hujung minggu ini, aksi diteruskan dengan Kejuaraan Toyota Gazoo Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan, diikuti oleh Kejuaraan KRD pada minggu berikutnya.

“Saya berharap penganjuran akan berjalan dengan lancar, tetapi harus dingatkan bahawa kita secara kolektif bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat.

Advertisements

“SOP diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” tambah Mokhzani.

Maklumat mengenai Garis Panduan dan Protokol MAM boleh didapati dalam laman sesawang www.mam.org.my dan media sosial MAM.

Merujuk kepada garis panduan tersebut, ringkasan aktiviti menuju ke hari perlumbaan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Kemasukan ke dalam litar

  • Hanya satu jalan masuk sahaja dibenarkan ke dalam litar
  • Setiap individu yang terlibat perlu memastikan penjarakan sosial satu meter
  • Individu harus memuat turun aplikasi MySejahtera
  • Suhu badan melebihi 37.5 Celcius tidak dibenarkan masuk
  • Setiap individu dikehendaki mematuhi tatacara dan arahan semasa pencegahan COVID-19 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

Langkah 2: Di dalam litar

  • Petugas perlumbaan akan diiringi dan hanya dibenarkan di dalam kawasan yang diluluskan
  • Pihak penganjur sentiasa akan memastikan penjarakan sosial di dalam pit dan setiap kawasan yang terlibat
  • Krew perlumbaan hanya dibenarkan di dalam kawasan yang diluluskan
  • Hanya satu orang dibenarkan untuk mewakili pasukan dalam sesi taklimat dan protes perlumbaan
  • Setiap pasukan harus menyediakan sanitizer, topeng muka dan penutup muka
  • Hanya satu orang dibenarkan di dalam bilik persalinan pada satu-satu masa

Langkah 3: Pada hari saringan dan perlumbaan

  • Hanya peserta yang bertanding pada kategori itu sahaja dibenarkan untuk hadir
  • Klinik kesihatan litar harus disediakan dengan PPE dan mematuhi penjarakan sosial
  • Tiada media daripada pasukan dibenarkan. Hanya petugas media dari pihak penganjur dibenarkan (maksimum 10 orang)
  • Kesemua ahli pasukan, urus setia perlumbaan dan individu yang hadir di litar harus mempraktikkan penjarakan sosial dan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Belia dan Sukan dan MAM sepanjang masa. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan