25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Letak calon ikut parti yang menang kerusi dalam PRU-14

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keretakan hubungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diatasi sekiranya kedua-dua parti bersetuju untuk meletakkan calon masing-masing hanya di kerusi-kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Formula munasabah itu dikemukakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau juga berharap PPBM akan berlembut hati pada saat-saat akhir rundingan menjelang PRU-15.

“Mungkin PPBM katakan tak apalah kami bertanding sedikit sahaja apa yang kami menang dan tambah sedikit apa salahnya?

“Dia (PPBM) menang 13 kerusi, itu kerusi hak dia kerana saya gunakan formula mana-mana parti yang menang pada PRU-14 itu kerusi hak masing-masing macam UMNO menang masa itu 55 kerusi, jadi itu dah automatik kita punya walaupun ‘team 15’ sudah lari tetapi itulah kerusi kita.

“PAS menang 18 kerusi, PPBM menang 13 itu kita punya formula pertama, maknanya kita dah ‘kunci’ 55 UMNO, 18 PAS dan 13 PPBM,” katanya seperti dipetik daripada wawancara bersama UMNO Online hari ini.

Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu memberitahu, perasaan cemburu dalam soal pembahagian kerusi menjadi punca keretakan hubungan antara UMNO dan PPBM.

Menurut beliau, perasaan itu timbul apabila banyak pihak daripada kedua-dua parti ingin menjadi calon bertanding.

Advertisements

“Kita berfikir biar panjang, bertindak biar bijak, fikir panjang-panjang sama ada buruk baiknya. Memanglah semangat dari bahagian-bahagian nak menolak kerana masing-masing cemburu hati sebab masing-masing dah nampak nak bertanding sebagai calon.

“Sebagai parti saya melihatnya daripada perspektif yang lain, sebagai pemimpin parti di atas bagi saya sengketa ini semata-mata disebabkan oleh cemburu hati tentang pembahagian kerusi.

“Mula-mula kata semua kerusi yang melompat itu kerusi kita, memang pun dalam pendirian kita siapa-siapa yang melompat, kerusi-kerusi daripada Ahli Parlimen yang melompat keluar dari UMNO itu memang kita sebut kita akan jadikan sebagai kita punya kerusi.

“Tetapi kita boleh berunding tertakluk kepada formula-formula yang kita perlu pakai,” jelasnya.

Bagi kawasan dimenangi Pakatan Harapan (PH), Mohamad mencadangkan parti mempunyai undian kedua tertinggi diberi peluang meletakkan calon untuk bertanding.

“Kita pakai formula sesiapa dapat tempat kedua undian terbanyak itu hak dia. Misalnya di kerusi Paroi, Barisan Nasional (BN) mendapat tempat kedua terbanyak maksudnya itu kerusi BN.

“Kalau di tempat mana PAS dapat tempat kedua terbanyak itu PAS punya kerusi. Begitu juga kalau tempat mana PPBM dapat kedua terbanyak itu kerusi dia.

“Yang nak kita berebut-rebut sangat apahal? Semua ini asas cemburu hati jadi cemburu hati ini tak boleh sangat. Cemburu hati kadang-kadang keluarga pun boleh berpecah, suami isteri boleh bercerai-berai,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan