24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO Kelantan bertegas putus hubungan dengan PPBM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Badan Perhubungan UMNO Kelantan menegaskan pendirian agar parti memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penegasan itu disuarakan oleh Setiausahanya, Akbar Salim dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 12 daripada 13 UMNO bahagian di Kelantan yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan meluluskan usul tersebut.

“Pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang dihantar kepada Presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Kelantan,” katanya.

UMNO Kelantan
AKBAR SALIM

Kenyataan media itu dikeluarkan susulan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan semalam.

Dalam surat yang tular itu, UMNO Bahagian Ketereh menyatakan pendirian terus menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

UMNO Bahagian Ketereh turut meminta BN memulakan rundingan kerusi antara BN dan PN serta-merta serta berusaha membentuk gabungan terkuat menentang Pakatan Harapan (PH).

Mereka turut memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin BN serta-merta.

Advertisements

UMNO Bahagian Ketereh juga mahu terus fokus dan memberi keutamaan terhadap agenda kestabilan politik, memerangi COVID-19, membela rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

Akbar menambah, UMNO Kelantan terus mendukung institusi Presiden dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO yang dipilih secara sah.

Selain itu, beliau memberitahu, UMNO Kelantan meminta PAS membuat keputusan secara jelas dan segera sama ada parti itu bersama UMNO atau PPBM dalam menghadapi PRU-15.

Masa depan hubungan UMNO dan PPBM menjadi topik yang hangat dibincangkan dalam kalangan pemimpin serta ahli kedua-dua parti terbabit.

Salah satu masalah yang menjadi punca keretakan hubungan antara UMNO dan PPBM adalah pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO bertegas mahu bertanding di kesemua 55 kerusi yang dimenangi parti itu di bawak tiket Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14.

Namun pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen PPBM yang melompat dari UMNO mahu mempertahankan kerusi yang mereka sandang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan