34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Khairy desak UMNO segerakan pemilihan parti sebelum PRU-15

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mendesak supaya segera diadakan pemilihan parti kerana percaya hanya dengan cara tersebut dapat menyelesaikan kemelut dalaman.

Khairy berkata, UMNO mesti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan mendapat sokongan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, jika dalam keadaan sekarang, UMNO sukar untuk mengharungi pilihan raya tersebut.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang baru lalu, perwakilan sebulat suara bersetuju agar parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Advertisements

Mereka menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden.

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet kerajaan PN bahawa pelantikan mereka diputuskan oleh parti.

Beliau juga mencabar menteri-menteri Kabinet dari UMNO untuk meletakkan jawatan seiring dengan keputusan sebulat suara yang dicapai agar parti menarik diri dari kerajaan PN.

Untuk rekod dalam pemilihan UMNO pada 2018, Khairy kalah kepada Ahmad Zahid bagi merebut jawatan Presiden UMNO.

Turut tewas, Tengku Razaleigh Hamzah dan dua calon tidak ternama, Mohamed Iqbar Maricair dan Mohd Yusof Musa.

Selepas tewas pada 2018, Ahli Parlimen Rembau itu pernah memberi bayangan akan mencuba lagi bertanding jawatan sama pada 2021.

“Pak cik salah faham. Saya tak mahu dipecat. Saya nak bertanding jawatan Presiden tahun 2021. Presiden UMNO,” katanya seperti dilapor media pada September 2018 lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan