28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO jangan sombong, syok sendiri – Sivarraajh

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran mengingatkan pucuk pimpinan UMNO agar jangan terlalu sombong dan syok sendiri.

Menurut beliau, mereka mesti menghentikan perangai hendak meminta semua kerusi untuk ditandingi, seolah-olah UMNO boleh menang di semua kawasan.

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu belajar hormat rakan-rakan komponen,” tegasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Sivarraajh mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput yang meminta agar kerusi Parlimen Sungai Siput diserahkan kepada UMNO kerana calon-calon MIC sebelum ini kalah tiga kali berturut-turut.

Beliau seterusnya mengingatkan kepimpinan tertinggi UMNO supaya berhenti menggunakan taktik ‘baling batu, sembunyi tangan’ seperti itu.

Sivarraajh meminta mereka berterus-terang sekiranya tidak berpuas hati dengan MIC.

“Tidak perlu hantar wakil bercakap tentang perkara – perkara yang melibatkan hal ehwal Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi soal Parlimen Sungai Siput yang merupakan kerusi tradisi Presiden MIC.

“Jangan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN diam seribu bahasa, tapi di luar hantar orang buat kerja-kerja yang memalukan sebegini,” katanya.

Beliau menambah, MIC dan MCA setia bersama UMNO dalam BN sejak dari penubuhannya lagi malah kedua-dua parti itu tidak pernah lari daripada UMNO atau BN sewaktu susah.

“Apa yang pimpinan UMNO ini susah sangat faham soal hormat-menghormati antara rakan-rakan komponen?

Advertisements

“Pada asalnya kamu yang mahu bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui Perikatan Nasional (PN).

“Kemudian apabila kerjasama itu tidak menepati kemahuan kamu, kamu bergaduh pula dengan mereka tanpa berbincang dengan kami.

“Bila perbincangan kerusi dengan mereka tidak menepati kemahuan kamu, kini kamu mahu ambil kerusi–kerusi tradisi rakan komponen pula.

“Kenapa tak berani berbincang soal perkara-perkara ini dalam Majlis Tertinggi BN?” soalnya.

Sivarraajh turut mengingatkan UMNO supaya menyelesaikan masalah dalamannya dahulu sebelum campur tangan dalam hal ehwal rakan komponen BN.

Beliau meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan mengapa UMNO masih mahu bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas pilihan raya kecil (PRK) lalu.

“Kalau ikutkan logik kenyataan tersebut, sepatutnya Cameron Highlands pun dipulangkan semula kepada MIC.

“Saya menang Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14. Calon-calon MIC sebelum saya pun tetap menang.

“Kenapa selepas PRK Cameron Highlands tempoh hari, UMNO mahu kekalkan Cameron Highlands sebagai kerusi UMNO walaupun pada asalnya perjanjiannya adalah hanya untuk ‘meminjam’? ujarnya.

Sivarraajh juga mencabar UMNO untuk bertanding menggunakan lambang parti sahaja sekiranya merasakan ia terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan rakan-rakan komponen BN. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan