26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Jangkitan positif baharu COVID-19 turun 1,555 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan dengan 1,555 kes hari ini berbanding 1,828 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes secara keseluruhan yang dicatatkan setakat ini adalah 304,135 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 672 kes (43.2 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

baharu

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Mac 2021 pukul 12 tengah hari:

Kes sembuh: 2,528 kes (278,431 kes kumulatif, 91.5 peratus);

Kes baharu: 1,555 kes (304,135 kes kumulatif);

Kes import: 3 kes (3 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,552 kes [1,108 warganegara (71.4 peratus); 444 bukan warganegara (28.6 peratus)];

Kes aktif: 24,563 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 96 kes; dan

Kes kematian: 6 kes (1,141 kes kumulatif, 0.38 peratus; 5 warganegara, 1 bukan warganegara).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Perak.

Sebanyak lima (5) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

Kes positif 1,555 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 672 kes
143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Alam, Kluster Sementa 27, dan Kluster Jalan Mawar;
430 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 163 kes
89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Satu dan Jalan DPB Enam;
45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 159 kes
54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 145 kes
32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 115 kes
88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Blossoms;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 106 kes
14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Bayan Indah;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Baca juga:   Jangkitan harian baharu kembali bawah 2,000 kes
Baca juga:   18,766 lagi individu terima dos penggalak

Perak: 63 kes
51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 53 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 46 kes
19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 11 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 11 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Tujuh (7) kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Tiga (3) kes
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

baharu

Sebanyak 47 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (4 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Mac 2021:

Jumlah kluster: 1,152 kluster;

Jumlah kluster baharu: 7 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 663 kluster (termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah, dan Kluster Jalan Mega);

Jumlah kluster aktif: 489 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 75 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes).

Perincian tujuh kluster baharu yang dikenal pasti hari ini adalah:

KLUSTER TAMAN ALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Alam Megah, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   5 lagi kes jangkitan COVID-19 dari Dewan Rakyat

KLUSTER JALAN MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Mawar, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SEMENTA 27
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa 27/91, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Baca juga:   Jangkitan harian baharu kembali bawah 2,000 kes

KLUSTER JALAN DPB ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CYBER SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-297162) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 1, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271613) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BUKIT BLOSSOMS
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-300101) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan