25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PKP tamat 4 Mac, rentas negeri masih dilarang

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tiada lagi negeri yang akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 5 Mac berikutan keputusan yang dibuat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Walau bagaimanapun, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan di seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat negeri yang di bawah PKP iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB).

Pada masa yang sama, beliau menambah, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

“Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status dari PKPB ke PKP Pemulihan (PKPP).

“Perlis kekal di bawah PKPP,” katanya dalam sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

taman perumahan
ISMAIL SABRI YAAKOB

Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKPB dan PKPP berkuat kuasa mulai 5 hingga 18 Mac 2021 kecuali Sarawak yang bermula pada 2 hingga 15 Mac.

Beliau berkata, sidang khas MKN turut membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri kecuali Sabah.

“Rentas negeri masih tidak dibenarkan,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri Sabah telah memohon agar sekatan rentas daerah dikekalkan untuk tempoh dua minggu lagi, manakala aktiviti barter trade dan transhipment akan diaktifkan semula dengan pematuhan SOP yang ketat.

Baca juga:   RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak - Mahdzir

Seperti yang dilaksanakan sewaktu PKPB 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.

Baca juga:   174 mangsa sindiket tipu kerja luar negara masih terkandas

Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) ke Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana Putrajaya berstatus PKPP.

Ini bagi melindungi Putrajaya dari penularan COVID-19.

Pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, PKP Diperketatkan di Flat Sibujaya dan Perumahan Townvilla di Sibu, Sarawak ditamatkan pada 4 Mac ini seperti yang dijadualkan.

“Kecuali blok C, H, J, K, L, N dan R yang dilanjutkan bermula 5 sehingga 11 Mac 2021,” ujarnya.

rentas negeri
Gambar hiasan: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri menjelaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 400 individu semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 352 orang telah dikompaun manakala 48 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (106), aktiviti pusat hiburan (102), tidak memakai pelitup muka (92), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (35), tiada penjarakan fizikal (34) dan lain-lain (31),” katanya.

Ismail Sabri memberitahu, pasukan keselamatan juga berjaya menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lima kenderaan darat dalam Op Benteng yang diadakan di seluruh negara semalam.

“Dalam operasi itu juga, 74 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui dua aktiviti penglihatan,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   Pemuda UMNO desak laksana PKP penuh sebelum makin parah
Baca juga:   Kes sembuh tertinggi, 20,988 kes baharu COVID-19

Wartawan

Terkini

‘Tak patah semangat, bukan pengakhiran karier politik’

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan