25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MEDIHA MAHMOOD

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

PENGARAH EKSEKUTIF FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (CMCF)

MEDIHA MAHMOOD, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memulakan kerjaya sebagai pengamal undang-undang sebelum beralih ke dunia korporat.

Beliau berpengalaman selama 17 tahun berkhidmat dengan firma-firma guaman ternama dan syarikat-syarikat tersenarai awam.

Bermula 1 Februari 2021, Mediha dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) di bawah Kementerian Kemunikasi dan Multimedia.

Mediha pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Astro selama 11 tahun dan sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif CMCF, merupakan Ketua Perundangan di AirAsia Digital.

PENCAPAIAN LAIN

Mediha merupakan bekas pendebat antarabangsa, dan merupakan penceramah awam yang berpengalaman dan pelatih bertauliah. Beliau telah mengendalikan lebih daripada 100 latihan yang melibatkan para pengamal industri dan orang awam. Beliau juga adalah seorang perunding bebas dalam perihal industri termasuk yang berkaitan dengan piawaian kawal selia, perundangan dan peraturan-peraturan kandungan di Malaysia.

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/mediha.mahmood

Twitter: @mediha_m

Instagram: @mediha_mm

  • Maklumat personaliti berdasarkan pencarian menerusi internet dan sumber-sumber yang kami peroleh. Kami memohon maaf jika ada ketidaktepatan fakta atau maklumat yang diberikan. – Editor

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan