24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Gagal hancurkan, ada pihak mahu kawal UMNO – Zahid

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada pihak yang cuba mengawal UMNO setelah gagal menghancurkan parti itu.

Tegas Presiden UMNO itu, pihak tersebut tahu UMNO adalah “parti keramat bangsa dan agama” yang mampu bangkit semula selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Berikutan kenyataan penuh melalui Facebook beliau hari ini;

Saya menulis kali ini supaya saudara-saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini. Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU-14 bukanlah suatu kerja yang mudah.

Kiri kanan, depan belakang, atas bawah musuh tidak pernah berhenti cuba menyekat. Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan.

Musuh tahu UMNO parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula. Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan UMNO once and for all sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya. Untuk itu UMNO mahu dalam kawalan mereka pula selepas riwayatnya tidak mampu ditamatkan.

Advertisements

Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan claim merekalah penyatuan ummah. Ironinya dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan.

Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga untuk kepentingan si polan dan si polan. Andai berjaya, jenama UMNO boleh dipergunakan.

Jutaan ahli UMNO boleh diremote dan dikudakan. Tanpa cabaran pemimpin dan ahli UMNO, kedudukan dan kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin.

Walaupun itu bermaksud kebajikan rakyat terabai, ekonomi merudum manakala demokrasi tercalar. Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan acquisition ini? Sedangkan UMNO parti milik rakyat, milik lebih 3 juta ahli dan jutaan penyokongnya.

UMNO juga yang memayungi kaum-kaum lain secara adil sejak merdeka. Buktinya lihatlah sekeliling. Kerana enggan menggadaikan UMNO, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

Sedangkan pemimpin UMNO ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO walau apa menimpa mereka. Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa ‘di seberang jalan’.

Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak ‘di belakang rumah’.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan