36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hati-hati aplikasi ‘Banci Penduduk 2020’ dalam Google Play Store

Mesti Baca

CYBERJAYA – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dan tidak tertipu dengan aplikasi Banci Penduduk 2020 (Semak E-Cencus Malaysia) yang terdapat dalam Google Play Store.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, ini kerana aplikasi yang disediakan untuk pengguna telefon Android tersebut bukan milik jabatan berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa aplikasi ‘Banci Penduduk 2020 (Semak E-Cencus Malaysia)’ yang terdapat di dalam Google Play Store BUKAN daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Sehubungan dengan itu orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan tidak tertipu dengan aplikasi ini,” jelas kenyataan tersebut yang dimuatkan menerusi Facebooknya hari ini.

Berdasarkan paparan pada Google Play Store, aplikasi tersebut dibangunkan oleh Kombek Disponit, Inc tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia pembangun tempatan atau luar negara.

DOSM berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 menerusi portal www.mycensus.gov.my.

Kira-kira 10 juta penduduk atau 30.4 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census yang dilaksanakan sejak 7 Julai 2020 hingga 28 Januari lalu.

Memetik laporan media, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, untuk tempoh yang sama, sebanyak 3.3 juta tempat kediaman telah dibanci menerusi kaedah itu yang dibuka semula dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan