26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Annuar tuntut Zahid jelaskan surat kepada Muhyiddin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa hari ini menggesa Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan apakah benar Presiden UMNO itu sudah mengutus surat kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau difahamkan surat tersebut telah dihantar oleh Ahmad Zahid pada 26 Februari lalu memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang bermesyuarat pada 19 Februari di Janda Baik, Pahang.

Keputusan tersebut ialah tidak ada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan UMNO berpendapat keberkersamaan UMNO dalam kerajaan hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sebagai ahli kita berhak mengetahui apakah berita ini benar. Jika benar,kenapa ahli tidak di beritahu mengenai tindakan tersebut. Ahli juga perlu tahu,apakah benar dua perkara tersebut sememangnya diputuskan oleh mesyuarat MKT.

“Jika benar tentu ahli mahu tahu, rasional keputusan itu dibuat sekarang, sedangkan pilihan raya tak tahu bila. Banyak persoalan yang timbul. Kenapa sudah diputuskan tidak berkerjasama sekarang, sedangkan ada usul usul sedemikian yg perlu di bawa ke Perhimpunan Agung terlebih dahulu. Mengapa mendahului PAU?,” katanya.

Annuar membangkitkan persoalan itu melalui catatan dalam Facebook beliau, hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menimbulkan persoalan jika benar keberadaan UMNO dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan, apakah antara tarikh pembubaran hingga PRU diadakan, UMNO tidak berada dalam caretaker govenment?

Advertisements

“Tidakkah tindakan yang dibuat dalam keadaan tarikh PRU belum diputuskan, memberi disadvantage kepada UMNO kerana sudah tentu pihak kerajaan, khususnya PPBM mungkin tidak lagi memberi kerjasama kepada pemimpin UMNO yang sudah mengambil pendirian menentang atau menolak PPBM,” katanya.

Beliau menegaskan, tidak bekerjasama dengan Bersatu bererti tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Pas, Gerakan, PBS, STAR dan lain-lain.

Justeru Annuar bertanya, apakah tindakan itu menguatkan atau melemahkan parti dan ahli mahu tahu UMNO akan bekerjasama dengan siapa.

“Dengan (siapa) PKR dan Anwar? Dengan DAP dan Lim Kit Siang? Jajaran baru? Apakah keputusan ini sudah diterima oleh Dewan Tertinggi BN, sedangkan dlm PRU kita bertanding atas nama BN?,” katanya.

Annuar berkata, sebagai ahli, mereka menunggu penjelasan para pemimpin memandangkan sudah lama akar umbi dalam kekaburan tanpa mengetahui ke mana halatuju parti sebenarnya.

“Jika keputusan benar dibuat,usah bersembunyi. Beranilah berterus terang dengan ahli. Beritahulah pada ahli dan akar umbi, kita tunggu penjelasan terhadap perkara perkara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan