26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

CHE KU MARZUKI CHE KU MOHD NOR

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

BEKAS JURULATIH T.TEAM, TERENGGANU

NAMA Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor bukanlah nama asing bagi para peminat dan penyokong bola sepak khususnya di negeri Terengganu. Beliau yang pernah mewakili negeri sejak usia remaja iaitu dari tahun 1977 sehingga 1981.

Pada awal penampilannya, beliau telah diberi kepercayaan untuk mewakili skuad remaja kebangsaan dalam kejohanan Piala Belia Asia yang berlangsung di Tehran, Iran.

Selepas menggantung but selama setahun, Che Ku Marzuki menjadi penolong jurulatih Kelab Fajar Hiliran pada 1982. Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dalam bidang kejurulatihan.

Pada 1984, Che Ku Marzuki berjaya membawa Fajar Hiliran ke pentas final Piala FAM dan muncul naib juara dan dua tahun kemudian sekali lagi kelab tersebut menyertai Piala FAM.

Pada 1987, Che Ku Marzuki mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadi penolong jurulatih Piala Presiden negeri.

Kemudian pada tahun 1995 beliau dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak FAM Terengganu sebelum dipanggil untuk menjadi Pengarah Kejurulatihan negeri pada 2007.

Pada tahun 2009 dan 2011, Che Ku Marzuki mengendalikan TTeam FC dan berjaya membawa kelab kedua negeri itu ke Liga Super. Kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu.

Pada 2013, Che Ku Marzuki sekali lagi dipanggil untuk membawa kelab TTeam FC menghadapi persaingan dalam Liga Malaysia, menggantikan Eduardo Almeida yang dipulangkan ke pangkuan Akademi Bola Sepak MSN Terengganu.

Kini Che Ku Marzuki yang dipanggil ‘Jibang’ itu bertindak sebagai Ketua Jurulatih TTeam Young Titans sejak 2013 dan pada masa yang sama bertindak sebagai Pengarah Kejurulatihan Kerteh FC, sebuah kelab komuniti yang beraksi di M3 Liga Malaysia.

PEMAIN:
1977 – 1981 : Mewaklili Terengganu.
1977 : Malaysia Piala Belia Asia, Tehran Iran.

JURULATIH:
1982 : Pen Jurulatih Kelab Fajar Hiliran
1984 : Final Piala FAM (Naib Juara)
1986 : Piala FAM
1987 : Jurulatih P Presiden Terengganu
1995 – 2007: Pengarah & Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak FAM/Terengganu.
2007 : Pengarah Kejurulatihan Terengganu
2009 – 2011 : Liga Perdana & Liga Super TTeam FC.
2012 : Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Terengganu.
2013 : Ketua Jurulatih TTeam Liga Super

2013 – sekarang : Ketua Jurulatih TTeam Young Titans
2019 – sekarang : Pengarah Kejurulatihan Kerteh FC.

Akaun Media Sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/jibang.marzuki

  • Maklumat personaliti berdasarkan pencarian menerusi internet dan sumber-sumber yang kami peroleh. Kami memohon maaf jika ada ketidaktepatan fakta atau maklumat yang diberikan. – Editor

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan