26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

CMCF tumpu pengemaskinian Kod Kandungan – Mediha

Mesti Baca

CYBERJAYA – Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) akan memberi tumpuan terhadap pengemaskinian Kod Kandungan dalam separuh tahun pertama tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Mediha Mahmood berkata, langkah itu bagi menangani permasalahan baru yang timbul dalam industri serta isu-isu yang tidak ditangani dengan sepenuhnya dalam edisi-edisi sebelum ini.

Menurut beliau, pihaknya akan terus berbincang dengan semua pihak yang berkepentingan, termasuk Key Opinion Leaders (KOL) atau pempengaruh (influencer) dan pemasar digital serta pengusaha e-dagang.

“Ia bertujuan untuk berkongsi nilai-nilai kawalan kendiri serta fakta yang kurang diketahui ramai iaitu pematuhan kepada Kod Kandungan boleh bertindak sebagai pembelaan terhadap sebarang pendakwaan, tindakan atau prosiding di dalam mahupun di luar mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mediha yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif CMCF yang baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu, mempunyai pengalaman selama 17 tahun berkhidmat di pelbagai firma guaman.

Mengulas mengenai kawalan kendiri, Mediha yang sebelum ini merupakan Pengarah Perundangan AirAsia Digital berkata, salah satu isu industri yang sering diperkatakan ialah mengenai penapisan kandungan.

“Ramai di luar sana yang inginkan penapisan kandungan yang lebih ketat dan ramai juga yang tidak mahu sebarang penapisan ke atas kandungan.

“Peranan kami di CMCF adalah untuk mencari keseimbangan dalam kehendak masyarakat yang berbeza-beza dengan menjadi pemudahcara proses kawalan kendiri di kalangan pemain-pemain industri dan para pengguna,” jelas beliau.

Mediha berkata, peranan CMCF bukanlah untuk membantutkan kreativiti atau mengawal penggunaan kandungan tetapi mahu menggalakkan industri komunikasi dan multimedia berkembang maju dengan selamat.

Sementara itu Pengerusi CMCF, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pelantikan Mediha bagi memantau serta menyelia semua operasi, fungsi dan aktiviti CMCF bertujuan menyebarkan misi dan ‘suara’ organisasi tersebut.

Katanya, ini termasuk usaha menyokong isu-isu yang berkaitan dengan kawalan kendiri industri, termasuk cetak rompak digital, pengemaskinian Kod Kandungan.

Selain itu, beliau akan meneruskan kerjasama strategik dengan semua pemegang taruh di samping mempertingkatkan peranan CMCF sebagai titik tumpuan dan pusat sehenti bagi pentadbiran kandungan.

CMCF adalah sebuah badan pengawalseliaan kendiri bebas yang telah ditubuhkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada Februari 2001 dan beroperasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia- Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan