31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Darurat ketika pandemik: Perlukah Parlimen bersidang?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh ABDUL RAHMAN ABDULLAH

HARI ini, genap setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Angka yang keluar terkini juga menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri bertambah kepada 111 Ahli Parlimen, setelah mengambil kira tiga Ahli Parlimen daripada UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Manakala dua Ahli Parlimen dari PKR pula menjadi keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan PN.

Menarik diri daripada menyokong kerajaan PN tidak bermakna menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri.

Itu memerlukan satu lagi ujian di Parlimen, bahawa Anwar mempunyai nombor yang cukup di Dewan Rakyat.

Pertanyaan juga perlu diajukan kepada Ahli-Ahli Parlimen dari parti Pejuang, Warisan dan UPKO, sama ada mereka menyokong Anwar atau sebaliknya.

Kedudukan Muhyiddin Yassin di Parlimen. – Grafik: FB Korek korek

Rasanya, parti Pejuang yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, tiada seorang pun dari blok pembangkang mempunyai nombor Ahli Parlimen menyokong mereka, melebihi daripada yang diperoleh Muhyiddin.

Benarlah seperti dalam ucapan Perdana Menteri pagi tadi bahawa beliau mempunyai sokongan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat terbanyak pada ketika ini.

Ketika darurat ini, sering disebut-sebut oleh para pemimpin politik bahawa Dewan Rakyat perlu bersidang, demi untuk memastikan semak dan imbang dapat dilakukan.

Semak dan imbang sebenarkany boleh dilakukan oleh pihak kehakiman.

Kerja-kerja perundangan atau mengubal undang-undang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan meluluskan Ordinan-ordinan Khas sepanjang darurat ini berjalan.

Selepas darurat berakhir, ordinan-ordinan yang diluluskan itu boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Oleh yang demikian, tidak ada keperluan terdesak sebenarnya untuk Dewan Rakyat (Parlimen) bersidang ketika darurat ini.

Kecualilah ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya kepada kerajaan PN ini.

Sekiranya ini berlaku, maka Muhyiddin boleh meminta Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15)

Persoalannya, mahukah Yang di-Pertuan Agong mengadakan PRU-15 ketika urusan vaksin dan angka Covid masih tinggi?

Apakah PRU-15 lebih diutamakan atau nyawa rakyat?

Legitimacy is commonly defined in political science as the belief that a Rule, Institution or Leader has the right to govern.

Memandangkan, Muhyiddin mempunyai sokongan terbanyak ketika ini di Parlimen iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, maka beliau mempunyai legitimacy to govern this country.

Mempunyai kesahan untuk memerintah negara sehingga Parlimen dibubarkan.

  • Penulis adalah pembaca Edisi 9. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan