30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Saya tidak akan minta maaf – Puad Zarkashi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf berikutan kenyataannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kuarantin.

Katanya, beliau akan serahkan kepada peguam untuk menjawab surat tuntutan maaf dan ganti rugi RM10 juta yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Berikut kenyataan penuh Dr. Puad :

Saya sahkan telah menerima LOD (letter of demand) daripada Peguam Perdana Menteri. Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya.

Saya akan serahkan kepada peguam saya untuk respons surat LOD tersebut.

Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana UMNO dibuli.

Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam Facebook saya. Justeru saya memilih ke mahkamah.

Ini akan memberi peluang kepada saya untuk bersama rakyat yang membantah amalan “antara dua darjat” dalam isu kuarantin.

Saya dituduh memfitnah Perdana Menteri, sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itupun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu “kepentingan awam” yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama.

Maka apakah ‘kuarantin’ tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan