25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bertanya pun kena saman? – Puad Zarkashi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau faham mengapa darurat diadakan namun tidak faham kenapa beliau disaman hanya kerana bertanya soalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, mengikut pemahamannya di bawah darurat Perlembagaan digantung dan pentadbiran ditentukan oleh eksekutif

“Tetapi apakah itu yang membolehkan menteri buat “Perintah” guna Warta Persekutuan? Contoh, menteri yang balik dari luar negara akan dikurantin tiga hari bukan lagi 10 hari.

“Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Mohd Puad memohon maaf kerana memfitnah beliau enggan dikuarantin setelah kembali dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Advertisements

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata fitnah yang dilemparkan oleh Mohd Puad itu adalah berniat jahat untuk mencemar nama baik Muhyiddin.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas beliau sekiranya beliau gagal memohon maaf secara terbuka,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Mohd Puad sehingga kini dipercayai masih belum mengemukakan permohonan maaf seperti yang dituntut.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik pentadbiran Muhyiddin di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga antara pemimpin yang menolak kerjasama parti itu dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan