32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Planetmahir tawar tutor percuma untuk calon SPM anak frontliners

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pengorbanan barisan hadapan atau frontliners Kementerian Kesihatan dalam memerangi pandemik Covid-19 sentiasa disanjung dan dihargai oleh rakyat.

Atas semangat sama, Planetmahir menawarkan langganan secara percuma Kelas Digital Mahir Tutor kepada semua anak-anak frontliners yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zahir berkata, ia adalah sebagai sumbangan syarikat itu kepada frontliners yang sedang bertungkus lumus berjuang, tanpa mengenal erti penat lelah untuk memastikan rakyat terpelihara daripada wabak virus yang merbahaya itu.

‘’MAHIR Tutor merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand oleh Planetmahir khas untuk calon SPM. Terdapat 10 subjek yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Advertisements

‘‘MAHIR Tutor kini telah mempunyai seramai lebih 20,000 pelajar di seluruh negara. Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar-pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa,’’ katanya.

Dr. Ahmad Ramzi berharap, langkah yang dilakukan Planetmahir itu akan dapat membantu anak-anak frontliners membuat ulangkaji pembelajaran dan persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut yang akan bermula 22 Februari ini.

‘’Anak-anak frontliners bolehlah ke laman web kami di planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuam ini atau hubungi kami di talian 01123543133,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan