32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Runding kalau Israel mahu askar kembali, tegas Hamas

Mesti Baca

GAZA – Hamas semalam mengesahkan bahawa rejim Zionis Israel tidak akan mendapatkan semula askar-askarnya yang ditawan di Gaza kecuali melalui perjanjian pertukaran tahanan yang dibuat secara rundingan tidak langsung.

Memetik laporan Palestinian Information Center, jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, pengalaman sebelum ini membuktikan gerakan pembebasan Palestin itu mampu mendesak rejim Zionis Israel mengikut kehendaknya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang disiarkan melalui Twitter.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz berkata, beliau sedang bekerjasama dengan agensi keselamatan dan kepimpinan politik untuk mendapatkan semua anggota-anggota tentera yang ditawan Hamas.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam menahan empat askar rejim Zionis Israel.

Dua daripada mereka ditawan dalam perang Israel terhadap Gaza pada musim panas 2014.

Nasib dan status kesihatan mereka tidak diketahui.

Maklumat tentang dua lagi anggota tentera Israel yang menceroboh Gaza beberapa tahun lalu juga tidak jelas.

Hamas
Gambar: Palestinian Information Center

Sementara itu, petani-petani di al-Shejaiya, Gaza mengalami kerugian besar apabila tanaman mereka musnah setelah tentera rejim Zionis Israel membuka pintu empangan selama dua hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Kementerian Pertanian Palestin menganggarkan lebih 500 dunum tanah pertanian dibanjiri air akibat tindakan tidak bertanggungjawab tentera rejim Zionis itu.

Kejadian itu bukan yang pertama dilakukan oleh tentera rejim Zionis Israel di Gaza.

Kira-kira sebulan lalu, petani-petani di Gaza mengalami kerugian bernilai AS$500,000 apabila pintu empangan dibuka.

Selain tanaman, haiwan ternakan dan lebah turut mati akibat lemas dalam banjir.

Rejim Zionis Israel membina banyak empangan berhampiran Gaza dan membuka pintu empangan dari semasa ke semasa, mengakibatkan rumah, jalan dan tanah pertanian ditenggelami air banjir.

Gambar: Palestinian Information Center

Di RAMALLAH, sekumpulan pendatang haram Yahudi menunjukkan kebiadaban mereka dengan membakar sebuah lori milik rakyat Palestin di timur Kampung Al-Mazra’a, di sebuah kuari di Kafr Malik.

Pemilik lori, Eyad Abu Sheikha berkata, mereka menunggang motosikal ketika menyerbu kuari miliknya dekat Ain Samia dan membakar lori tersebut.

Ketika kejadian, pekerja-pekerja kuari tiada di situ.

Kerugian yang dialami Eyad adalah kira-kira 120,000 shekel.

Sebelum itu, beberapa kumpulan pendatang haram Yahudi membuat ugutan melalui media sosial memintanya keluar dari kawasan tersebut dan meninggalkan kuarinya.

Sebelum ini, banyak serangan dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Kafr Malik dan perbuatan itu dilindungi oleh tentera rejim Zionis Israel.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan