31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cemas! Kapal layar Phocea terbakar di perairan Langkawi

Mesti Baca

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengatur gerak kapal KD Mahamiru bagi melaksanakan bantuan kecemasan kepada kapal layar Phocea yang mengalami kebakaran di 0.6 batu nautika timur laut, di perairan Pulau Singa Kecil, Langkawi, semalam.

Memetik kenyataan dalam laman Facebook Kementerian Pertahanan hari ini, sejurus menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.18 pagi dari Markas Wilayah Laut 3 (MAWILA 3) mengenai kebakaran tersebut, KD Mahamiru segera ke tempat kejadian.

Tindakan dengan memulakan operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran menggunakan sistem Hydrant dan Bot RHIB daripada kapal berkenaan dengan bantuan daripada aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) iaitu KM Tenggol.

kapal layar
KD Mahamiru mendekati kapal layar Phocea ketika operasi menyelamat dijalankan. Gambar: Facebook Kementerian Pertahanan

Keadaan angin yang kuat telah mengakibatkan hampir separuh kapal layar terbakar namun dengan usaha yang berterusan dan kerjasama daripada semua pihak, kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Seramai tujuh anak kapal Phocea berjaya dipindah serta diselamatkan dan mereka juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam operasi berkenaan.

Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran itu mengambil masa hampir dua jam turut melibatkan kerjasama daripada kapal Jabatan Laut Malaysia MV Zuhal bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kapal PA4 Pasukan Polis Marin serta KM Tenggol.

Advertisements

“Usaha dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak telah berjaya menyelamatkan nyawa kru terlibat.

“Syabas kepada semua warga dan agensi yang terlibat dalam menjayakan operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran ini,” jelas kenyataan itu.

Penguatkuasaan Op Benteng bukan hanya tertumpu kepada aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pengusiran semata-mata, malah ia berperanan memastikan keselamatan di laut sentiasa terjaga.

Mujurlah semua anak kapal Phocea dapat diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejayaan operasi tersebut membuktikan kecekapan TLDM dan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab mengawal perairan negara seperti Maritim Malaysia, Jabatan Laut dan Polis Marin.

Tugas semua pasukan keselamatan terbabit tidak terhad pada mengawal perairan negara daripada pencerobohan anasir asing semata-mata malah turut membantu kapal-kapal yang berdepan insiden tidak diingini termasuk kebakaran. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan