28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Selangor masih catat kes harian baharu tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Selangor masih lagi mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi di mana sebanyak 978 kes (33.3 peratus) dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 722 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 730 kes (24.9 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 227 kes (7.7 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Maklumat lain berkaitan situasi COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:

Kes sembuh: 4,889 kes (239,971 kes kumulatif, 86.4 peratus)

Kes baharu: 2,936 kes (277,811 kes kumulatif)

Kes import: 17 kes (4 warganegara; 13 bukan warganegara)

Kes tempatan: 2,919 kes [1,572 warganegara (53.9 peratus); 1,347 bukan warganegara (46.1 peratus)]

Kes aktif: 36,797 kes

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 220 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 104 kes

Kes kematian: 13 kes (1,043 kes kumulatif, 0.38 peratus).

Advertisements
Selangor

Dr Noor Hisham memberitahu, kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka dan Johor.

“Sebanyak 12 kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes melibatkan bukan warganegara,” jelasnya.

Beliau menambah, sebanyak 112 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (64 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (17 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 19 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,058 kluster

Jumlah kluster baharu: 13 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat: 547 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Halban, Kluster Tombovo, Kluster Kauran, Kluster Kubang Bujuk, Kluster Tapak Bina Jalan Yap, Kluster Jalan Perwira, Kluster Jalan Indah Gemilang, dan Kluster Tembok Nanas

Jumlah kluster aktif: 511 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 109 kluster

Selangor

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Murni 12 (339 kes), Kluster Jalan Perindustrian Pelepas (179 kes), dan Kluster Industri Tekstil Nilai (113 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan