25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

404 kompaun, 39 reman akibat ingkar SOP PKP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 443 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 404 kompaun dikeluarkan manakala 39 orang direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal (136), gagal menyediakan peralatan merekod diri atau pelanggan (84), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (68) dan tidak memakai pelitup muka (64).

“Selain itu, premis beroperasi lebih masa / tanpa kebenaran (29), keluar rumah tanpa alasan munasabah (20), aktiviti perjudian (19), membawa penumpang berlebihan (15), ingkar arahan kuarantin (2) dan lain-lain (6),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 73,266 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Seramai 3,603 pasukan pematuhan melibatkan 16,571 anggota telah membuat pemantauan di 6,409 restoran, pasar raya (4,643), bank (4,229), penjaja (2,379), pasar awam / tani (2,149), kilang (1,784) dan pejabat kerajaan (863).

Turut dipantau adalah 3,547 tempat ibadat, 1,741 tempat riadah, 1,268 terminal pengangkutan darat, 276 terminal pengangkutan air dan 110 terminal pengangkutan udara.

Ismail Sabri memberitahu, pasukan keselamatan juga berjaya menangkap 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta dua kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 118 buah bot atau kapal di perairan negarra melalui empat aktiviti penglihatan,” jelasnya.

Beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah di Rompin, Pahang tamat esok iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan pada 22 Februari.

PKPD tersebut bermula pada 9 Februari lalu.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 886 saringan dan daripada jumlah itu, 36 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Walau bagaimanapun, KKM mengesahkan jangkitan di lokaliti ini adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Februari 2021 yang lalu dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti berkenaan. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan