26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pandu uji Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia 8 April

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) akan melaksanakan Program Pandu Uji bagi Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) pada 8 April ini.

Program selama tiga bulan itu merangkumi demonstrasi bas teknologi hijau yang baharu, menggunakan enjin elektrik dan hibrid, daripada sembilan pembekal bas tempatan dan luar negara.

“Bas-bas ini akan melalui kajian dan ujian kebolehlaksanaan laluan dan mungkin dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada bas-bas dalam perkhidmatan IMBRT,” jelas kenyataan bersama yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Iskandar Malaysia dan IRDA, hari ini.

Tambah kenyataan itu, IRDA dan pihak-pihak berkepentingan akan menilai dan memohon kelulusan lesen-lesen yang diperlukan bagi bas-bas teknologi hijau yang baharu serta mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengenai ujian berkenaan secara keseluruhan.

Taklimat media akan diadakan pada 17 Mac 2021 bagi menyalurkan maklumat lanjut tentang program pandu uji bas rapid transit berkenaan.

Berdasarkan maklumat dari Projek Pandu Uji Bas Minneapolis, Amerika Syarikat yang dikongsi dalam laman Facebook IMBRT, pandu uji bas rapid transit lazimnya dilakukan dalam keadaan sebenar di atas jalan raya oleh pakar-pakar pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan.

Pandu uji tersebut bertujuan meneroka dan menguji pelbagai teknologi bas yang tersedia dalam pasaran.

Advertisements

Matlamat lain adalah bagi menentukan jenis-jenis bas yang paling sesuai untuk orang awam dan jenis jalan yang bakal digunakan.

Bas-bas terbabit juga diuji dalam keadaan lalu-lintas yang sebenar di atas jalan.

Selain itu, isu-isu berkaitan jalan dan keselamatan dikenal pasti dan seterusnya penambahbaikan dilakukan.

Program berkenaan juga membolehkan orang ramai memberi maklum balas.

IMBRT adalah inisiatif strategik kebangsaan untuk membangunkan sistem bas transit bagi menambah baik pengangkutan awam dan kualiti kehidupan masyarakat di Iskandar Malaysia.

Ia merupakan pelaksanaan sistem BRT secara menyeluruh di peringkat negeri yang pertama di negara ini dan bakal menjadi tulang belakang infrastruktur pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

Dilaksanakan oleh IRDA, sistem transit itu akan menyediakan perkhidmatan bas dengan rangkaian kawasan liputan yang lebih luas. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan