25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kalau bengang pun, janganlah campak barang pelanggan!

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perbuatan tidak bertanggungjawab beberapa pekerja sebuah syarikat kurier mencampakkan barangan pelanggan seperti yang dapat dilihat melalui rakaman video yang tular dalam media sosial sejak semalam mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Dalam video tersebut, pekerja-pekerja dilihat menjerit dan melaungkan perkataan yang tidak jelas butirnya.

Difahamkan, mereka berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap majikan.

Namun, tidak diketahui apa yang yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat kurier terbabit.

Usahawan yang menjual secara dalam talian khususnya khuatir perbuatan itu akan menyebabkan barang yang dihantar kepada pelanggan mereka rosak.

Mereka turut membangkitkan persoalan sama ada syarikat kurier terbabit bersedia membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang disebabkan oleh tindakan pekerjanya.

Selain itu, beberapa netizen berharap barangan mereka terutamanya yang mudah rosak dan pecah tidak dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan pada masa hadapan.

Malah, ada yang merungut kerana masih belum menerima barangan yang dipesan sehingga kini.

“How come the parcel already delivered tapi I tak receive the parcel pun?! Where did you campak my parcel xxx?” soal salah seorang daripada mereka.

Seorang lagi netizen kesal kerana pekerja syarikat kurier terbabit sanggup melakukan perbuatan yang boleh merosakkan barangan pelanggan semata-mata untuk meluahkan perasaan terhadap majikan.

“I understand xxx workers frustrations. I know quitting is not simple as xxx won’t be hold accountable.

“Tapi theres must be a way other than campak barang orang. Ramai masa pandemic rely on online business nak hidup. Kau nak pertahankan rezeki kau, kau rosakkan rezeki orang lain,” ujarnya.

Ramai juga yang kecewa dengan kejadian tersebut kerana syarikat kurier berkenaan mempunyai reputasi penghantaran yang pantas malah bersedia membuat penghantaran ke alamat pelanggan pada hari cuti umum dan hujung minggu.

“xxx ni dah bagus dah haritu, service laju. dah macamni orang takut nak guna sebab takut barang kene campak campak sukati. kan rugi,” kata seorang netizen.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh syarikat kurier berkenaan bagi meredakan keresahan pelanggan mereka berikutan rakaman video yang tular itu. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan