32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Jalan Prof Diraja Ungku Aziz ganti nama Jalan Universiti

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita dengan terlaksananya titah baginda agar nama Jalan Universiti di Petaling Jaya dinamakan semula kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz.

“Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah pun mengubah suai papan tanda jalan di sekitar Petaling Jaya yang mengandungi nama baharu jalan berkenaan,” jelas pengendali laman Facebook Selangor Royal Office.

Dalam hantaran berasingan, laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan, Sultan Sharufuddin sebelum ini berkenan untuk mengabadikan nama besar tokoh akademik terulung negara itu pada sebatang jalan bagi mengenang jasa bakti Allahyarham semasa hayatnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi Melayu.

Justeru, pemilihan Jalan Universiti di Petaling Jaya untuk dinamakan semula kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz adalah bertepatan kerana ia adalah jalan pintu masuk utama ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti MAHSA.

Baca juga:   Usah pandang rendah taktik lawan - Ahmad Zahid

Untuk rekod, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura) dari tahun 1952-1961, sebelum dilantik pula ke jawatan profesor dan seterusnya Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dari tahun 1962-1965.

Ungku Aziz
Gambar: Facebook MBPJ

Jalan Prof Diraja Ungku Aziz sepanjang 3.2 kilometer ini adalah jalan utama yang menghubungkan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur.

Ia dibina pada tahun 1960 dan merupakan jalan dua hala pertama di Malaysia.

Baca juga:   Menteri Pendidikan kongsi debaran anak duduki SPM

Jalan ini menghubungkan ke jalan-jalan utama lain seperti Lebuhraya Persekutuan, Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Jalan Dato’ Abu Bakar 16/1 dan Jalan Harapan.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia.

Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia.

Tokoh cendekiawan bangsa itu pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Dilahirkan pada 28 Januari 1922, Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada 15 Disember lalu akibat sakit tua.

Beliau merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan