24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemimpin muda PPBM tak faham cara UMNO patut diam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutamanya yang masih baharu diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih baik mereka berdiam diri jika belum memahami cara politik UMNO.

“Ada pulak ahli MT PPBM meminta UMNO mengumumkan keputusan rasmi mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik beberapa hari lalu.

“Saya merasakan tidak perlu bagi PPBM terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO.

“Apa lagi bagi mereka yang baru. Mereka belum faham cara politik UMNO. Elok mereka diam,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, seorang pemimpin muda PPBM dilaporkan meminta UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang diadakan pada Jumaat.

Beliau memberi alasan perkara berkenaan penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, artikel berhubung pandangan pemimpin muda PPBM terbabit tidak lagi disiarkan dalam portal akhbar terbabit.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menambah, MKT UMNO ada kebijaksanaan yang tersendiri.

Advertisements

Ahli Parlimen Ketereh itu percaya bahawa UMNO mempunyai tradisi serta pengalaman melalui pelbagai situasi politik.

“Mungkin sepinya ‘mesyuarat di gunung’ tempoh hari meresahkan banyak pihak, malah termasuk kalangan ahli.

“Namun, memahami cara UMNO, meskipun tiada kenyataan rasmi, namun ‘deafening silence’ itu boleh kedengaran dengan jelas di mana-mana,” jelasnya.

Beliau memberitahu, semua pihak perlu memberi ruang kepada UMNO untuk menguruskan sendiri masalahnya dan parti itu mampu mencari titik penyelesaian.

“Tiada siapa boleh veto sesiapa dalam UMNO. Kerana UMNO itu milik ahlinya… ahli yang menentukan… sabar!” katanya.

Betul juga kata Annuar itu. Mengapa pula pemimpin parti lain mahu masuk campur hal dalaman UMNO?

Agak musykil bila kenyataan pemimpin muda PPBM yang disiarkan portal akhbar semalam telah ditarik balik.

Walau bagaimanapun, kenyataan beliau itu masih disiarkan dalam beberapa laman blog.

Mungkinkah beliau tersalah cakap atau ada yang memintanya jangan bercakap? – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan