29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gempa 7.3 gegar Fukushima, tiada ancaman tsunami

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

TOKYO – Gempa berkekuatan 7.3 melanda Fukushima di timur laut Jepun lewat malam Sabtu, menyebabkan sekurang-kurangnya beberapa orang cedera dan gangguan bekalan elektrik di wilayah itu.

Tidak ada ancaman tsunami dari gempa tersebut. Kira-kira 830,000 isi rumah bergelap, menurut Tokyo Electric Power Co. (Tepco).

Pusat gempa berada di lepas pantai Fukushima, kira-kira 220 kilometer di utara Tokyo, kata Badan Meteorologi Jepun (JMA).

Gempa kuat itu dirasakan meluas di seluruh Jepun, termasuk di ibu kota Tokyo.

JMA yang meningkatkan magnitud gempa dari 7.1 pada awalnya, memberi amaran mengenai gempa susulan yang kuat pada minggu depan.

Gempa berlaku kurang dari sebulan sebelum ulang tahun 10 tahun gempa dan tsunami 2011 yang menyebabkan kira-kira 19,000 orang mati atau hilang.

Tsunami melanda loji nuklear Fukushima Dai-ichi, yang menyebabkan krisis di tiga unit nuklear.

Tidak ada kelainan yang dijumpai di loji nuklear di Fukushima, kata Tepco.

Pusat gempa di timur laut Tokyo tetapi tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Keadaan bangunan di tengah bandar Fukushima kelihatan tidak mengalami kerosakan besar, menurut rakaman televisyen.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga memerintahkan penilaian kerosakan dilakukan segera, kata Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato kepada wartawan.

Kato tidak mengambil sebarang pertanyaan daripada wartawan.

Sekurang-kurangnya 30 orang mengalami kecederaan di Fukushima dan wilayah Miyagi yang berdekatan, menurut Kyodo News.

Sumber: Bloomberg

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan