26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kahwin belum tentu bahagia, bujang belum tentu derita

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh QUTRUNNADA DARWINDA

TERJENTIK hati apabila terbaca satu status tentang definisi ‘kebahagiaan’ di antara mereka yang masih bujang dan sudah berkahwin.

Kata si bujang, “biarlah saya menikmati bujang, lengkapkan diri dahulu. Berkahwin pun belum tentu bahagia” manakala bagi yang berkahwin pula terdapat dua versi:

“Kahwinlah, baru rasa bahagia ada keluarga, anak-anak” atau versi satu lagi “kau persiapkan dahulu. Kahwin bukan senang tanggungjawab, amanah itu bukan seindah kata.”

Berdasarkan pandangan di atas, maka jelaslah kita yang sebenarnya menentukan bentuk kebahagiaan diri.

Laporan Bancian Penduduk tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menyebut terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin di seluruh negara.

Menurut Sinar Harian yang memetik kenyataan Pakar Sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran bahawa jumlah ‘bujang senja’ menjelang pertengahan tahun (2020) akan lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lambat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu.

Sejujurnya saya tidak berpihak kepada si bujang mahupun si berkahwin. Apapun pendapat setiap orang perlu dihargai dan pasti, akan berbeza mengikut situasi dan pengalaman mereka.

Jangan kerana pengalaman yang berkahwin indah khabar daripada rupa kita mengiakan pilihan para bujang untuk membiarkan mereka menikmati zaman bujang.

Dan jangan pula kerana kita merasa lengkap kerana sudah berkahwin, kita pun memanipulasi si bujang akan erti bahagia sebenar hanya bila sudah menikah.

Jangan pula si bujang pun merasa terlalu nyaman dan selesa memilih pilihan status diri mereka dengan menyifatkan “alah kalau kahwin pun belum tentu bahagia, tak ada masalah biarlah saya begini, saya yang tentukan bahagia, saya perlengkapkan diri lagi bagus.”

Bagi saya urusan jodoh dan perkahwinan tidak harusnya menjadi sebuah fikiran pendapat yang menyingkap sosial seseorang.

Saya tidak begitu senang dengan cara masyarakat sekitar khususnya mereka yang belum berkahwin atau lambat berkahwin menyifatkan bentuk kebahagiaan bujang ini dalam konteks “nikmat”.

Jodoh masing-masing adalah rahsia Allah. Rezeki Allah apabila Dia memberikan kita pasangan yang baik dan hikmah jika sebaliknya.

Bila kita melihat kebaikan, kita sokonglah. Bukankah berkahwin juga adalah ibadah kita. Sebelum dan setelah berkahwin pun masing-masing pasti memiliki tanggungjawab dan dugaan kehidupan.

Doakanlah si bujang mendapat jodohnya yang baik-baik, dan doakanlah juga mereka yang sudah berkahwin memiliki keluarga yang harmoni.

  • Penulis adalah pembaca setia Edisi 9. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Edisi 9.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan