27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fernandes setaraf Cantona? Belum layak lagi, kata Bruce

Mesti Baca

LONDON – Perjalanan Bruno Fernandes untuk dijulang sebagai hero setaraf dengan Eric Cantona di Manchester United adalah masih panjang.

Seperti Cantona, pemain tengah Portugal itu menunjukkan keupayaannnya sebaik sahaja berpindah ke Old Trafford.

Pada masa ini, dia mendahului senarai penjaring The Red Devils dengan 21 gol dalam semua pertandingan.

Fernandes juga membantu dalam jaringan 11 gol oleh rakan-rakan sepasukannya.

Prestasi cemerlangnya itu menjadikan Fernandes sebagai ayam tambatan Manchester United dalam masa yang singkat.

Sama seperti Cantona ketika bintang legenda itu berpindah ke Old Trafford dari Leeds.

Namun, bekas rakan sepasukan Cantona di United, Steve Bruce percaya masih banyak yang perlu Fernandes buktikan untuk mencapai taraf yang sama dengan King Eric.

“Apa yang kita nilai terhadap seseorang dalam satu jangka masa adalah apa yang mereka menang.

“Sudah tentu, bagi kami, Eric ialah seorang pemangkin yang mendorong kemenangan kami,” katanya seperti dilaporkan Mirror.

Advertisements

Kata bos Newscatle itu lagi, cara Fernandes bermain dalam masa 12 bulan lalu adalah hampir seperti Cantona.

Bruce menyatakan, Cantona sangat gembira dapat beraksi untuk kelab yang terbesar dan terbaik di dunia ketika itu.

“Fernandes juga telah menunjukkan aksi yang menakjubkan di atas pentasnya sendiri. Mengatakan dia adalah sama cemerlang dengan Eric adalah satu pujian yang besar terhadapnya.

“Sekarang mereka perlu memenangi kejohanan seperti yang pernah dilakukan oleh Eric serta menang perlawanan peringkat akhir dan separuh akhir mana-mana kejohanan.

“Jika dia berjaya melakukannya, sudah tentu anda boleh membandingkan dia dengan Eric,” kata Bruce lagi.

Cantona berjaya merangkul empat gelaran juara Liga Perdana Inggeris dan dua gelaran juara FA dalam masa empat musim setengah bersama Manchester United.

Malah, satu-satunya musim United tidak bergelar juara ketika Cantona masih beraksi bersama kelab terhebat itu adalah ketika dia digantung dalam masa empat bulan terakhir musim tersebut.

Tindakan penggantungan dikenakan terhadap Cantona setelah dia melakukan tendangan ala kungfu terhadap seorang penyokong Crystal Palace.

Manakala Fernandes masih belum membuktikan kemampuannya membantu Manchester United membawa pulang gelaran juara setakat ini.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan